Cadangan Glamping Berbaloi di Ipoh|Sesuai untuk bawa keluarga & warga emas πŸ•️


Tak sangka di Ipoh pun ada glamping yang best macam ni! Kali ni kami ambil short trip dengan kawan-kawan ke Xscape Tambun Glamping — pengalaman memang lebih selesa dari jangkaan, sesuai untuk bawa parents & kanak-kanak πŸ‘

πŸ“ Lokasi dekat dengan Lost World of Tambun, lebih kurang 8km dari bandar, memang senang drive πŸš—

Alamat: 383992, Persiaran Lagun, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak


πŸ’° Harga & Penginapan

Kami 2 orang ambil 1 campsite (khemah untuk 2 orang)
2 hari 1 malam RM208, kira lebih kurang RM100+/pax termasuk sarapan — memang berbaloi πŸ‘

Khemah luas, bersih dan selesa, siap ada aircond — memang friendly untuk yang tak nak camping hardcore 😌

Setiap khemah ada tandas peribadi (bersih + air panas + hair dryer), ini memang big plus especially untuk perempuan πŸ’―


✨ Kemudahan

Fasiliti kat sini memang lengkap:

  • Setiap campsite ada paip air + plug point πŸ”Œ
  • Ada kolam renang, buaian & equipment gym ringan
  • Boleh bawa bahan sendiri untuk BBQ atau masak 🍲
  • Sediakan grill (termasuk arang)
  • Ada aktiviti sewaan seperti Segway, EV buggy, basikal 3 tempat duduk
  • Kalau cuaca ok, boleh buat campfire πŸ”₯

🌿 Suasana

Overall konsep dia lebih kepada relax & chill camping, sesuai untuk:
✔ Couple
✔ Kawan-kawan
✔ Family trip

Malam tu kami chill, dengar bunyi hujan, sembang sambil minum sikit, lepas tu main game — memang relaxing 😌


⚠️ Kekurangan

  • Tiada peti sejuk, jadi kena plan bahan makanan
  • Malam ada sikit serangga di tandas (normal untuk camping)
  • Tiada sungai atau aktiviti lasak
  • Petang agak panas sikit

Tapi jangan risau, dekat luar ada supermarket, Starbucks, KFC — senang nak top up barang πŸ‘


πŸ“Œ Kesimpulan

Secara keseluruhan, Xscape Tambun Glamping:
πŸ‘‰ Harga berbaloi
πŸ‘‰ Fasiliti lengkap & lokasi strategik
πŸ‘‰ Sangat sesuai untuk bawa keluarga, warga emas atau short getaway santai

Kalau nak dekat dengan nature tapi masih nak comfort, tak perlu travel jauh — tempat ni memang boleh consider πŸ’―

Klik sini & terus book kat Agoda 😎πŸ”₯

Comments

Popular posts from this blog

Affordable Glamping in Ipoh|Perfect for a Relaxing Family Getaway πŸ•️